Anda semua pasti sudah mula memikirkan kuih raya apa mahu dibuat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kan? Antara kuih raya yang boleh dicuba adalah biskut nutella pods.
Hanya 4 bahan yang diperlukan untuk membuatnya. Bukan itu saja, biskut raya ini juga tidak perlu dibakar menggunakan oven! Jadi, jika anda tiada oven pun boleh buat.
Resipi yang dikongsikan oleh moeirajohnson di laman sosial TikTok telah mendapat hampir 6.6 juta tontonan. Ramai dah cuba memang mudah dan sedap. Jom cuba!
Baca juga: Cara Buat Biskut Semperit Tanpa Oven, Bakar Atas Dapur Gas Je!
1. Masukkan 2 cawan nestum ke dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan 1 cawan coklat putih yang sudah dicairkan.
3. Gaul rata sehingga adunan sebati.
4. Lapikkan loyang dengan baking paper, kemudian sudukan adunan seperti dalam gambar di bawah. Tekan sikit pada bahagian tengah untuk menghasilkan sedikit ‘lubang’.
5. Paipkan nutella ke dalam lubang yang dibuat tadi.
6. Akhir sekali, letakkan kacang hazelnut atas nutella dan biarkan sejuk sehingga menjadi keras.
7. Bila dah keras, simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Video penuh:
@moeirajohnson Biskut yg paling bnyk request… terimalah… Episode 3: No bake Nutela pods👩🍳✨🌙 2cawan nestom, 1cwn white chocolate, nutela & hazelnut secukupnya… #nobakecookies #InspirasiRamadan #GayaRaya #BukaPuasa #nutellapod #biskutraya #raya2023 #syawal #kuihraya #nestumcookies #nestumchocolate #resepikuihraya #4ingredientsrecipe
Baca juga: Biskut Cornflakes Susu, Rangup Luar & Cair Di Mulut, Tanpa Guna Oven & Mixer!
Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…
Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…
Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…
Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…
Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…
Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…