Sajian bihun sup mungkin ramai yang sudah biasa buat kan?Kali ini apa kata jom cuba resipi bihun sup tumis darat ni pula.
Resipi ini merupakan hasil perkongsian oleh saudari Teratak Eja. Lengkap dengan resipi sambal kicap yang padu.
1. Dalam periuk, masukkan semua bahan. Masak macam biasa sehingga daging empuk. Guna api perlahan saja.
2. Reneh sup sampai daging cukup masak. Boleh letak garam, ajinamoto, asam keping dan cukup rasa.
3. Untuk tumis darat pula, panaskan minyak dan tumis 3 biji bawang merah mayang, 1 labu bawang putih mayang dan 4 sekawan (ambil yang dalam sup tadi).
4. Goreng sehingga warna perang. Angkat dan masukkan dalam periuk berisi daging tadi.
5. Potong nipis daging bila dah betul-betul masak.
6. Bawang goreng homemade. Mayang halus bawang merah rose, gaul dengan tepung beras baru goreng.
1. Goreng cili, bawang putih dan bawang merah sehingga layu.
2. Masukkan dalam pengisar bersama kicap, garam, gula dan cuka.
Siap!
Sedia untuk dimakan, selamat mencuba!
Kredit: Teratak Eja
Kilang ayam di Puchong menjadi perhatian selepas sebuah premis penyembelihan dan pemprosesan ayam diserbu pihak…
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…