PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-18 04:34:05

Biasanya apabila ingin memesan makanan di restoran, pasti menu bihun sup ini menjadi antara menu yang sering menarik tumpuan para pelanggan. Apa kata korang cuba pula bihun sup ala-ala ‘chinese style’ ini. Resipinya juga mudah untuk dibuat, jadi boleh lah korang cuba buat resipi ini sendiri di rumah! Jom ikuti perkongsian daripada Ikin Rahman menerusi Facebook.


Kredit: Ikin Rahman

Bahan-bahan (sukatan atas masing-masing):

  • Bihun (celur)
  • Udang
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sawi jepun
  • Kiub ayam
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili api merah & hijau
  • Chili flakes
  • Cuka
  • Kicap cair
     

Cara-cara:

  1. Mula-mula, celurkan dahulu sawi dan bihun dalam air panas.


    Kredit: Sirap Limau
     

  2. Tumis bawang putih yang sudah dicincang sampai perang. Kemudian, angkat separuh kuantiti minyak bersama bawang. Manakala separuh lagi biarkan dalam periuk.


    Kredit: Rasa
     

  3. Masukkan air dalam periuk dan didihkan. Kemudian, masukkan kiub ayam, fish ball dan udang.Tambahkan garam sekiranya rasa sup itu kurang masin. Renehkan beberapa minit atau sehingga masak.
     
  4. Untuk hiasan bihun, gorengkan fish cake dan biarkan ia sejuk seketika. Kemudian, potong fish cake mengikut saiz yang diingini.
     
  5. Untuk membuat sambal, potong cili api, dan kemudian campurkan bersama kicap cair dan sedikit cuka.


Kredit: Ikin Rahman

Siap! Boleh dihidangkan bersama bawang putih dalam minyak tadi dan taburkan sedikit cili flakes. Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN