bihun goreng udang kering

Bihun goreng udang kering adalah makanan kebiasaan yang boleh dijumpai pada bila-bila masa. Namun pada zaman dahulu, juadah ini dikatakan agak rare untuk dihidangkan.

Resipi daripada arwah nenek Cik Puan Qiu Ieja, yang dahulunya digunakan untuk meniaga sangat istimewa untuk dikongsikan bersama.

Jom kita tengok resipi oleh beliau.

Baca juga: Resipi Pizza 5 Bahan Guna Roti Keping, Tak Perlu Pakai Oven!

Resipi Bihun Goreng Udang Kering

bihun goreng udang kering

Bahan-bahan:

  • 1 pek beras bihun (rendam dalam air biasa)
  • Udang kering sepeket kecil
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 biji cili kering*
  • Sedikit belacan bakar*
  • Asam jawa (sebesar 20 sen)*
  • 12 sudu teh gula
  • 2 sudu teh MSG
  • ½ sudu teh garam × 7
  • ½ sudu teh serbuk kunyit*

Cara-cara:

1. Bakar belacan.

2. Blend bahan yang bertanda * sehingga hancur (gunakan sedikit air).

3. Goreng udang kering dalam minyak. Apabila udang agak masak, masukkan bahan yang telah diblend tadi. Tumis sehingga naik bau.

4. Masukkan perasa. Tumis sebentar lagi. Apabila kelihatan pecah minyak, masukkan bihun.

5. Gaul sehingga bihun sebati. Kecilkan api supaya bihun tidak hancur. Biarkan bihun menjadi lembut sendiri. Jika perlu, tambahkan sedikit air.

6. Untuk memastikan bihun telah masak sepenuhnya, anda akan melihat asap di permukaan bihun.

Selamat mencuba!

Sumber: Qiu Ieja

Baca juga: Makanan Selain Kerang Untuk Tambah Darah, Elak Terkena Anemia!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN