resipi bihun goreng tomyam

Membuat juadah resipi bihun goreng tomyam ini adalah pilihan sempurna untuk majlis besar atau jamuan keluarga. Rasanya pedas, masam dan penuh dengan bahan-bahan laut seperti udang dan sotong.

Resipi ini sesuai digunakan sekiranya ingin memasak untuk sekitar 30 orang tetamu dan pes tomyam juga memberikan cita rasa autentik yang pasti memikat selera.

Jom cuba buat resipi bihun goreng tomyam ini dan hidangkan kepada keluarga besar anda!

Baca lagi: Resipi Ayam Pedas Manis, Hidangan Beraroma Masam Manis Yang Wajib Cuba!

RESIPI BIHUN GORENG TOMYAM

Bahan-Bahan:

  • Bihun
  • Isi ayam – Dipotong kecil
  • Fish cake atau fish ball – Secukupnya
  • Udang dan sotong – Pilihan (mengikut kesukaan)
  • Telur – Pilihan
  • Sayur-sayuran – Sawi, kobis, dan lobak merah
  • 20 tangkai cili kering
  • 6 biji cili api Thai
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • Segenggam udang kering
  • 3 sudu besar pes tom yam
  • ½ cawan cili sos (boleh tambah mengikut selera)
  • ½ cawan sos tiram (boleh tambah mengikut selera)
  • Sos sotong atau fish gravy (pilihan)
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1-1½ liter air
  • Garam dan perasa (secukup rasa, berhati-hati kerana pes tom yam sudah masin)

Cara Penyediaan:

1. Rendam bihun semalaman hingga lembut, kemudian toskan.

2. Panaskan secawan minyak di dalam kuali.

3. Tumiskan bahan kisar (cili kering, cili api, bawang, ikan bilis, dan udang kering) hingga pecah minyak dan naik bau.

4. Masukkan pes tom yam, isi ayam, fish cake, dan bahan laut seperti udang atau sotong (jika digunakan).

5. Kacau hingga sebati dan bahan-bahan masak.

6. Tambahkan cili sos, sos tiram, fish gravy (jika ada), serbuk pati ayam, dan air.

7. Kacau hingga mendidih.

8. Apabila kuah mendidih, masukkan bihun yang telah ditoskan.

9. Masukkan sayur-sayuran seperti sawi, kobis, dan lobak merah.

10. Kacau perlahan sehingga air kuah menyerap sepenuhnya ke dalam bihun dan bihun menjadi lembut.

Tip Tambahan:

  • Gunakan sedikit garam kerana pes tom yam sudah mempunyai rasa masin.
  • Pastikan bihun tidak terlalu lembut semasa merendam supaya ia tidak hancur semasa dimasak.

Sumber: Nazri Mat Zain

Baca lagi: Bihun Sup Style Papa, Resipi Yang Lengkap Dan Mudah Amat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN