Sebut sahaja nama Khairul Aming pastinya ramai mengenalinya. Beliau dikenali dengan video-video masakan yang sempoi. Malah resipi-resipi yang dikongsikan juga sangat mudah untuk dicuba dan diikuti. Salah satu resipi yang ‘viral’ adalah resipi Ayam Tiram Thai.
Boleh dikatakan, semua video masakan beliau telah menjadi fenomena dan menjadi inspirasi kepada mereka yang baru menjinak-jinak dalam masakan. Turut memberi ilham buat penonton untuk memasak juadah makan tengahari atau makan malam.
Nak tahu cara memasaknya? Jom lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!
Resipi Ayam Tiram Thai Versi Khairul Aming
Bahan-bahan perapan ayam:
- 10 ketul ayam
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- Garam/secukup rasa
- 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara penyediaan perapan ayam:
- Satukan semua bahan dan lumur sebati pada ayam.
- Bakar dalam air fryer atau oven pada suhu 180-200°C selama 20 minit.
Bahan sos:
- 5 ulas bawang putih
- 4 biji cili padi merah
- 1 sudu besar sos tiram
- 3 sudu kecil kicap cair
- 2 sudu besar gula
- 1 biji perahan limau nipis/lemon
- Daun ketumbar yang dipotong halus
Cara-cara penyediaan sos:
- Satukan bawang putih dan cili padi merah. Tumbuk sampai lumut menggunakan lesung.
- Masukkan bahan lain dan gaul semua bahan sampai sebati.
- Akhir sekali curahkan ke atas ayam yang sudah masak.
- Selamat mencuba!
Kredit: Raja Siti Afiqah Azmi