Tak susah pun nak buat ayam panggang ala Ayamas. Hanya perlu menggunakan 3 bahan yang mudah didapati. Biasanya 3 bahan ini sudah ada di dapur, tak perlu keluar beli dah!
Anak-anak mesti suka jika ibu-ibu cuba resipi ini, cukup mudah untuk dimasak. Sesuai juga untuk anda yang sedang ‘berjimat’ kerana tidak menggunakan banyak bahan.
Walaupun hanya guna 3 bahan, hasilnya cukup lazat dan menyelerakan. Tak perlu susah-susah nak hiris bawang, halia, serai dan sebagainya. Jom cuba!
Baca juga: Cara Rebus Ayam Kampung Supaya Cepat Lembut, Baru Jimat Gas!
1. Cuci bersih ayam yang sudah dipotong kepada 10 bahagian.
2. Kemudian rebus ayam sehingga masak tapi jangan terlalu lama.
3. Angkat ayam dan toskan.
3. Seterusnya salut ayam dengan sos cili, kicap manis dan sos tiram. Perapkan seketika.
4. Ayam sedia untuk digoreng dalam minyak panas. Goreng jangan terlalu lama, cukup sekadar untuk menggaringkan bahagian luar ayam saja kerana isi ayam sudah masak semasa direbus tadi.
5. Angkat ayam dan toskan. Sedia untuk dihidang, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: @MalaysiaFoods
Baca juga: Perap Ayam Goreng Dengan ‘Bahan’ Ini, Confirm Jadi Lebih Sedap Dari Biasa!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…