Resepi Ayam Pandan Thai ini memang sangat sedap dan aromanya sangat harum hasil dari bahan perapan dan balutan daun pandan.
Kalau dah bosan makan ayam goreng, apa kata kita masak ayam goreng gaya orang Siam yang dikenali dengan nama lainnya iaitu ‘gai hor bai toey’.
Pertama sekali, ayam dipotong kecil dan diperap dengan bahan-bahan disenaraikan di bawah. Lagi lama perap, lagi sedap rasanya.
Jika anda nak tahu cara penyediaannya yang lengkap, jom kita baca resipi yang dikongsikan oleh Saudari Cheyah Saripuddin di bawah.
Baca juga: 3 Menu Berasaskan Ayam Ini Wajib Cuba Sepanjang Puasa, Mudah & Sedap!
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lada hitam sehingga lumat. Masukkan le dalam ayam tadi.
2. Kemudian, tambahkan kesemua bahan lain. Kacau sehingga sebati. Perapkan selama 30 minit.
3. Ambil daun pandan. Buat segi tiga macam ini.
4. Masukkan 1-2 ketul ayam. Tengok pada saiz daun pandan.
5. Ambik bahagian hujung masuk ke celah atas
6. Tarik ke belakang dan masuk ke poket belakang. Potong daun tu kalau rasa panjang.
7. Goreng sehingga ia masak. Dah siap untuk dihidang bersama nasi ataupun cicah sos kesukaan anda. Selamat mencuba!
Kredit: Cheyah Saripuddin
Baca juga: Resipi Nasi Arab Mandy Ayam, Dijamin Sedap Setanding Macam Di Kedai!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…