Categories: Resipi

Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri ‘Cara Orang Lama’, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Ayam masak merah ini sememangnya sangat sinonim dengan menu kenduri kahwin. Tapi bila kita cuba masak sendiri, rasa tak sama macam makan di kenduri.

Kalau teringin nak makan ayam masak merah ala kenduri, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Nor Haidah Md Said di bawah. Menurutnya, menu ini dipelajari dengan arwah ibunya dahulu.

Baca juga: Patutlah Air Sirap Kenduri Sedap Lain Macam, Rupanya Ini Resipi Rahsianya

CARA BUAT AYAM MASAK MERAH ALA KENDURI

Bahan utama:

  • Ayam 1 ekor
  • Kunyit
  • Garam

Bahan kisar:

  • Cili kering 2 genggam (rebus dulu)
  • Bawang besar 1 ½ biji
  • Bawang putih 6-7 ulas
  • Halia setengah ibu jari
  • Belacan setengah ibu jari
  • Buah tomato saiz besar 2 biji

Bahan tumis:

  • 3 sekawan
  • Bawang besar sebiji (hiris)
  • 1-2 batang serai (titikkan)
  • 4-5 helai daun pandan (potong atau simpul)

Cara-cara memasak:

  1. Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit. Kemudian goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Cedok minyak dari kuali bekas goreng ayam tadi dalam 3 senduk.
  3. Tumiskan dulu bahan tumis sehingga semuanya layu. Kemudian baru masukkan bahan kisar yang sudah dikisar.
  4. Tumis sehingga semua bahan garing dan pecah minyak.
  5. Agak-agak bila nampak minyak dah kurang, tambahkan lagi sedikit minyak.
  6. Bila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa.
  7. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair.
  8. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambahkan air kalau terlalu pekat.
  9. Bila dah cukup rasa dan sebati, boleh masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan gaul sekata.
  10. Taburkan hirisan bawang besar.
  11. Kecilkan api, tutup sekejap kuali dan biarkan ayam mereneh bersama sambal.

Siap untuk dihidangkan! Selamat mencuba.

Kredit: Nor Haidah Md Said 

Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Rose, Resipi Dari Tukang Masak Sendiri. Pasti Sedap & Menjadi!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago