Categories: Resipi

Resipi Ayam Masak Cili Api Pedas Menyengat… Menu Makan Malam ‘Anti-Diet’, Memang Tak Cukup!

Ayam masak cili api antara menu makan malam yang sesuai untuk penggemar hidangan pedas. Rasa pedas yang menyengat menjadikan lauk ini lebih menyelerakan, terutama bagi mereka yang suka mencuba hidangan dengan rasa yang kuat.

Hidangan ini juga mempunyai gabungan rasa yang seimbang dengan sedikit rasa manis dan masin. Setiap suapan menawarkan kelazatan rencah yang menyelaputi ayam, ditambah pula dengan kentang yang lembut di dalam dan rangup di luar.

Jika anda mencari idea lauk untuk makan malam, ayam masak cili api boleh dijadikan pilihan untuk hidangan keluarga. Resipi ini juga sesuai untuk mereka yang mahu menikmati lauk pedas dengan cara penyediaan yang tidak terlalu rumit.

Baca juga: Rahsia Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Melikat, Gaul Dengan Nasi Panas Memang Layan!

RESIPI AYAM MASAK CILI API

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam atau mengikut kuantiti
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji kentang
  • 15–20 biji cili padi atau mengikut tahap kepedasan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 biji bawang holland
  • Garam atau perasa secukupnya
  • Sedikit gula
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam serta kentang sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan minyak dalam kuali dan tinggalkan kira-kira 3–4 sudu besar.
  3. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan air, sos tiram, kicap, garam dan sedikit gula. Gaul sehingga semua bahan sebati.
  5. Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya rencah meresap pada ayam dan kentang.
  6. Masukkan bawang Holland yang telah dipotong dan masak sehingga layu.
  7. Setelah semua bahan sebati dan kuah mencapai kepekatan yang diingini, tutup api.
  8. Ayam pedas kentang siap untuk dihidangkan!

Sumber: Threads @capijaaaaaaa

Baca juga: Cara Simpan Ayam Goreng Kunyit Untuk Stok Seminggu, Balik Kerja Terus Boleh Masak

Izzati

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

10 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

11 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

11 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

12 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

13 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

13 hours ago