Hari ini kami ingin kongsikan resipi ayam masak bawang hasil air tangan Encik Nazri Mat Zain atau lebih dikenali sebagai chef papa.
Resipi yang dikongsikan oleh beliau sangat mudah dan menjimatkan masa terutama untuk mereka yang bekerja.
Menu ini sangat kaya dengan rasa manis bawang dan sedap makan bersama nasi putih.
Jom baca resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Cara Nak Masak Nasi Guna Beras Biasa, Hasil Sebiji-Sebiji Macam Pakai Beras Mahal
Bahan-bahan:
Langkah-langkah:
1. Goreng bawang besar, halia, dan serai hingga garing, angkat dan toskan.
2. Kemudian, goreng ayam hingga masak, angkat dan ketepikan.
Bahan Kisar:
Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar bersama daun kari hingga pecah minyak.
2. Masukkan cili kisar, rempah kari, serbuk kunyit dan masak hingga pecah minyak.
3. Tambahkan sos tiram, sos cili, kicap pekat manis, air asam jawa, garam dan aji secukup rasa.
4. Gaul sebati dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan bawang, serai, dan halia yang telah digoreng tadi. Gaul rata, tutup api, dan siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Nazri Mat Zain
Baca juga: Talam Tokyo Tanpa Pulut, Manis Ringan Setelah Ganti Dengan Bahan ‘Ini’
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…