Tiada idea nak masak apa menggunakan ayam? Apa kata jom cuba masak ayam kicap mayonis yang lazat dan menyelerakan ini.
Anak-anak dan suami pun dijamin akan suka, makan nasi bertambah-tambah! Resipi di bawah merupakan hasil perkongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hassan. Jom cuba!
Cara Buat Ayam Kicap Mayonis
Bahan-bahan:
- Kicap manis
- Sos cili
- Mayonis
- Bawang putih 5 ulas dicincang haluss
- Bawang besar (dipotong)
- Serai 1@2 batang diketuk
- Tomato 3biji (2 biji dicincang haluss, sebiji lagi potong dadu untuk hiasan)
- Ayam yang telah siap digoreng
- Ubi kentang yang telah siap digoreng (ini ikut suka nak letak @ pun tidak)
Cara-caranya:
1. Tumis serai sehingga wangi. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga garing.
2. Bila dah garing, masukkan tomato cincang. Masak sehingga tomato hancur dan tambahkan air.
3. Bila tomato dah hancur masukkan sos cili, kicap. Nak pedas boleh letak lebih, nak rasa masin manis boleh lebihkan kicap. Gaul sebati.
4. Bila dah sebati barulah masukkan mayonis. Sukatan ikut suka, lagi banyak lagi pekat kuah.
5. Bila mayonis dah sebati, masukkan ayam dan gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan ubi kentang yang sudah digoreng, tomato yang dipotong dadu dan bawang besar.
7. Masak sampai pecah minyak dan sedia untuk dihidang.
Kredit: Fairuz Abu Hassan