Project Description

Hidangan yang sedap dan senang, Nasi Ayam Hainan menjadikan hidangan lauk untuk dimakan bersama keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

25 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

NASI AYAM HAINAN

Resipi sendiri Azirah Alyanie ini menjadikan masakan Nasi Ayam Hainan menjadi sedap dan cara buat yang mudah. Jom kita try!

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 4 bahagian ayam

  • 4 cawan beras

  • 3 kiub pati ayam

  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)

  • 3 ulas halia (Dihiris)

  • 2 sudu besar minyak bijan

  • 4 cawan air

  • Daun sup (Ikut Kesukaan)

CARA PENYEDIAAN
  • Basuh beras sehingga bersih. Tuskan dan asingkan ke tepi.

  • Hanya dengan menggunakan periuk nasi, masukkan minyak bijan dan panaskan atas api.

  • Bila sudah panas, masukkan kiub pati ayam, daun sup, halia dan bawang putih kedalam periuk. Tumis sehingga naik bau.

  • Masukkan beras yang telah dibasuh ke dalam tumisan tadi. Gaulkan bagi sebati, kemudian masukkan 4 cawan air.

  • Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan tumisan, beras dan air tadi.

  • Tutup periuk dan biarkan ianya masak dalam 15-20 minit

  • Sedia dihidangkan.

TIPS

Tiada

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.