Categories: Resipi

Resipi Ayam Goreng Vietnam, Bila Makan Pasti Susah Nak ‘Stop’

Biasa kalau goreng ayam, kita lumur garam dan kunyit je kan? Kali ini apa kata jom cuba resipi ayam goreng Vietnam ni pula.

Sekali sekala tukar selera cuba resipi yang lain tidak ada salahnya. Dijamin jika anda cuba, pasti akan berjaya memikat hati kerana setiap gigitan ayam akan terasa manis, masin, pedas dan rapuh.

‘Masin’ pada ayam ini bukan kerana garam, tetapi kerana sos ikan yang digunakan dalam proses memasak. Ianya untuk memberi keseimbangan rasa pada masakan tersebut.

Cara Masak Ayam Goreng Vietnam

Bahan-bahan:

  • 1 kg kepak ayam
  • 1 ½ cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 6 ulas bawang putih (dicincang dan digoreng)
  • Daun ketumbar (2 sudu besar dicincang)
  • Minyak masak (secukupnya untuk mengoreng ayam)

Bahan perapan:

  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil (pes bawang putih@serbuk bawang putih)
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih

Bahan sos manis masin:

  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 ½ sudu besar gula
  • 2 sudu besar jus limau@lime juice
  • 3 batang cili padi merah (dipotong)

Cara penyediaan dan memasak:

1. Di dalam bekas atau mangkuk besar, masukkan ayam dan bahan perapan. Gaul sebati dan perapkan sekurangnya selama 30 minit.

2. Untuk memasak sos manis masin, sediakan periuk kecil dan masukkan bahan-bahan sos tadi. Panaskan di atas api sehingga gula larut dan sejukkan. Ketepikan.

3. Panaskan minyak di dalam kuali besar, letakkan chopstick atau kayu lidi di tengah-tengah. Apabila minyak sudah mengelembung atau berbuih dipermukaan kayu lidi tadi, bermakna minyak sudah panas dengan sempurna.

4. Sementara itu, sediakan mangkuk besar. Masukkan tepung dan baking powder. Salutkan ayam bersama tepung tadi satu persatu. Kemudian, masukkan ayam tadi kedalam minyak panas. Goreng selama 15 minit atau sehingga ayam menjadi keemasan.

5. Kemudian angkat ayam yang digoreng tadi dan biarkan rehat seketika.

6. Dalam minyak yang panas tadi, masukkan semula ayam dan gorengkan lagi 2-3 minit. Tujuannya agar ayam lebih rapuh@crunchy di luar dan warna keperangan. Angkat dan tapiskan ayam tadi pada tisu.

7. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng keemasan tadi. Masukkan juga bawang putih yang telah digoreng, daun ketumbar yang dihiris dan tuangkan sos masin manis pada ayam tadi.

8. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Nurul Ateekah

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago