
Resipi ayam campak-campak ini memang jadi pilihan ramai bila nak masak cepat tapi tetap sedap. Hidangan ini sangat sesuai untuk ibu bapa yang sibuk, terutamanya bila anak-anak dah mula minta makan dan kita pula tak sempat nak masak lauk yang rumit.
Kadang-kadang kita hanya perlukan satu lauk yang dengan bahan yang ringkas dan cara yang mudah tapi hasilnya tetap membuka selera. Yang paling penting, anak-anak pun suka!
Menariknya, resipi ini juga fleksibel. Nak ubah rasa ikut selera sendiri pun boleh. Tak guna perasa tambahan pun dah cukup sedap, tapi kalau nak tambah pun tak jadi masalah. Memang sesuai untuk hidangan harian yang cepat dan menjimatkan masa.
Baca juga: Resipi Ayam Sos Black Pepper Yang Berkuah Pekat & Pedas, Terus Jadi Kegemaran Keluarga!
RESIPI AYAM CAMPAK-CAMPAK
Bahan-bahan:
- Ayam (digoreng kunyit, jangan terlalu masin)
- Bawang besar (dihiris)
- Cili merah atau cili padi
- Sos cili
- Sos tiram
- Kicap manis atau masin
- Sos ikan (sedikit sahaja)
- Cuka (sedikit)
- Daun limau purut
- Gula secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Mula-mula, goreng ayam bersama kunyit seperti biasa. Pastikan tidak terlalu masin. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang besar dan cili sehingga naik bau dan sedikit layu.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Gaul sebati bersama bahan tumisan.
- Tambahkan sos cili, sos tiram, kicap dan sedikit sos ikan. Gaul rata.
- Masukkan sedikit cuka untuk beri rasa masam yang seimbang, kemudian tambah daun limau purut dan sedikit gula.
- Gaul hingga semua bahan sebati dan ayam disaluti kuah. Masak seketika hingga kuah sedikit pekat.
- Rasa dahulu. Jika perlu, boleh tambah perasa mengikut selera. Siap untuk dihidangkan!
Sumber: Siti Zainab Zakaria
Baca juga: Resepi Ayam Honey Butter Rangup Berkilat, Sos Pekat Melekat Cantik Pada Setiap Keping
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














