resipi ayam 65

Resipi ayam 65 adalah hidangan popular dari India yang terkenal dengan rasa pedas dan rempah yang kaya. Dihidangkan sebagai snek atau hidangan utama, ayam 65 sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan masakan berempah dan penuh rasa.

Antara tip yang anda boleh cuba dalam penyediaan menu ini ialah pastikan ayam diperap lebih lama supaya lebih pekat dan lazat. Selain itu, anda boleh menambah sedikit daun kari semasa menggoreng ayam untuk aroma yang lebih harum.

Resipi ini mudah disediakan dengan bahan-bahan yang boleh didapati di pasaraya berhampiran. Mari kita lihat cara penyediaan ayam 65 yang sedap ini!

Baca lagi: Resepi Bihun Goreng Singapore, Cara Masak Simple Tapi Pinggan Pun Boleh Licin!

RESIPI AYAM 65

Bahan-Bahan (Untuk 1/2 Kg Ayam):

  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu kecil biji lada hitam
  • 1 inci kayu manis
  • 3 biji pelaga
  • 3 biji cengkih
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu kecil ginger garlic paste (atau tumbuk halus jika tiada)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (lebih baik gunakan jenama Achi)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar yogurt (boleh beli di 99 Speedmart)
  • Sedikit perahan lemon
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa helai daun kari

Cara Penyediaan:

1.  Kisar halus bahan-bahan seperti jintan manis, jintan putih, biji lada hitam, kayu manis, pelaga, cengkih, dan biji ketumbar. Pastikan rempah ini dikisar hingga halus supaya perasa dapat meresap dengan baik ke dalam ayam nanti.

2. Masukkan rempah kisar tadi ke dalam ayam yang telah dipotong. Tambahkan serbuk kunyit, ginger garlic paste, serbuk cili, tepung jagung, tepung beras, yogurt, dan perahan lemon. Gaul semua bahan ini dengan rata sehingga ayam sebati dengan perapan.

3. Perap ayam selama sekurang-kurangnya 1 jam, tetapi jika boleh, biarkan selama 2 jam agar rempah dapat meresap sepenuhnya ke dalam ayam dan rasa lebih sedap.

4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Goreng ayam sehingga garing dan masak sepenuhnya. Pastikan ayam digoreng dengan api sederhana agar tidak terbakar di luar, tetapi masih lembut di dalam.

5. Setelah ayam digoreng, taburkan dengan bawang merah yang dipotong halus sebagai hiasan.

Ayam 65 siap untuk dinikmati! Hidangan ini sangat sedap dimakan bersama nasi atau sebagai snek ringan. Rasa pedas dan berempahnya pasti akan memikat selera semua orang.

Selamat mencuba!

Sumber: Selvakumar Arunasalam

Baca lagi: Buat Sendiri Burger Ala Prosperity, Puas Hati Boleh Makan Satu Keluarga!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN