Categories: Resepi

Resipi Aiskrim Malaysia Ala-Ala Chocotop McD, Pasti Jadi Kegemaran Anda!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-27 05:14:46

Waktu panas-panas ini biasanya mesti buat tekak kita terasa haus. Rasa macam nak sesuatu yang sejuk je kan? Dapat makan Aiskrim Malaysia pun cukup untuk menyejukkan badan yang terasa bahang matahari. Oleh itu, anda boleh lah e=cuba untuk membuat Aiskrim Malaysia Ala-Ala Chocotop McD ini, fuhh sedapnya! Penyediaannya pun juga sangat mudah untuk dibuat. Ikuti perkongsian daripada Rohaya Zulkarnin Aya menerusi laman Facebooknya.


Kredit: Rohaya Zulkarnin Aya

Bahan-bahan:

  • 3/4 susu pekat (atau terpulang mengikut tahap kemanisan yang diingini)
  • 2 kotak kecil susu full cream
  • 1 sudu besaq ovellate (pastikan yang halal)
  • 2 sudu kecil perisa vanilla

 

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengadun. Kemudian, adunkan selama 20 minit sehingga teksturnya nampak gebu.


    Kredit: Rohaya Zulkarnin Aya
  2. Selepas itu, tuangkan ke dalam jug besar supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam plastic aiskrim

 

Bahan topping coklat:

  • 200g chocolate milk (resipi ini menggunakan coklat cadburry)
  • 100g dark chocolate jenama Beryl's

 

Cara-cara:

  1. Gunakan teknik ‘double boil’. Elakkan dari terkena air bagi mengelakkan coklat menjadi keras.
  2. Apabila sudah agak suam, masukkan ke dalam ‘piping bag’ dan picit masukkan dalam plastik aiskrim. Pastikan ianya tidak terlebih atau terkurang.


    Kredit: Rohaya Zulkarnin Aya
     

  3. Ratakan coklat di dalam plastik aiskrim dan kemudian tuangkan vanilla aiskrim yang sudah siap diadun tadi. Coklat tidak akan bercampur dgn vanilla aiskrim di dalam plastic aiskrim.


    Kredit: Rohaya Zulkarnin Aya
     

  4. Apabila sudah memasukkannya ke dalam plastik aiskrim, ketuk-ketuk sedikit supaya ruang-ruang kosong juga turut terisi.
  5. Lakukan langkah yang sama untuk plastik aiskrim yang lain. Kemudian, sejukkannya di dalam peti ais beku.

Siap! Boleh lah makan aiskrim ini waktu panas-panas cuaca. Syoknya! Selamat mencuba.


Kredit: Rohaya Zulkarnin Aya


Kredit: Rohaya Zulkarnin Aya

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago