Categories: Resipi

Resipi Agar-Agar Oren Manis & Segar, Kena Pakai Gula Jenis INI Supaya Pejal & Tak Berair

Agar agar oren memang antara pencuci mulut paling mudah dibuat bila tekak terasa nak makan sesuatu yang manis dan sejuk-sejuk. Lagi-lagi kalau cuaca panas macam sekarang, memang nikmat bila dapat makan agar-agar yang lembut, wangi dan segar rasa buah.

Kalau anda sedang mencari resipi agar agar oren yang tak terlalu manis, cantik kejadiannya dan tidak mudah berair, boleh cuba versi ini. Tambahan gula batu dalam resipi memang membantu bagi tekstur agar-agar jadi lebih elok dan tahan cantik walaupun disimpan dalam peti sejuk.

Baca juga: Rahsia Donat Kampung Lembut Sampai Malam, Rupanya Kena Letak ‘Kentang Lenyek’ Dalam Doh!

RESIPI AGAR AGAR OREN

Bahan-bahan:

  • 1 paket agar-agar tali (20g)
  • 1900ml air
  • 1 cawan gula (200g)
  • 3 hingga 4 ketul gula batu
  • 1/4 cawan kordial oren/mandarin
  • 1/2 sudu kecil pewarna oren

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air bersama agar-agar tali ke dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana hingga agar-agar larut sepenuhnya dan mendidih.
  2. Setelah mendidih, masukkan gula, gula batu, kordial oren Sunquick dan pewarna oren.
  3. Kacau hingga semua bahan sebati dan biarkan mendidih sekali lagi.
  4. Tutup api dan tuang adunan ke dalam loyang atau bekas pilihan.
  5. Biarkan agar-agar sejuk dan mengeras sedikit pada suhu bilik.
  6. Simpan dalam peti sejuk supaya lebih sedap dimakan sejuk.
  7. Potong ikut saiz pilihan dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Yusma Mustafa

Baca juga: Tips Roti Lembut Macam Bakeri, Ini Rahsia Doh Gebu & Naik ‘Montok’ Cantik

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

5 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

5 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

5 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

6 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

6 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

10 hours ago