Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Usah pening kepala memikirkan menu sahur yang mudah, jom cuba resepi wholemeal wrap menggunakan daging burger ini.
Resepi yang sedap dan mengenyangkan. Sesuai untuk anda yang tidak gemar memakan nasi ketika bersahur.
Hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan cara penyediaannya yang tidak rumit, sesiapa saja boleh cuba buat!
Baca juga: Tortilla Wrap Homemade. Guna 3 Bahan Je, Sedap & Jimat!
1. Goreng daging burger dan hancurkan. Bila dah masak, ketepikan di dalam pinggan.
2. Perasakan dengan maggi seasoning secukupnya.
3. Kemudian masukkan serbuk lada putih. Gaul rata.
4. Hiris halus kubis. Satukan bersama bawang holland yang sudah dipotong dadu.
5. Masukkan serbuk lada putih serta sos thousand island dan sos salad. Letakkan juga secubit garam.
6. Gaul rata semua bahan.
7. Ambil sekeping wrap, letakkan sayur.
8. Kemudian letakkan daging hancur tadi.
9. Letakkan sos cili dan mayonis.
10. Gulung dengan kemas dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!
Kredit: Nor Asiah Jenal
Baca juga: Menu Sarapan Simple ‘Chicken Egg Wrap’, Ringkas Tapi Sedap
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…