Nak sediakan sarapan untuk anak tetapi tak mahu kelam-kabut waktu pagi? Resepi waffle mudah ini boleh jadi pilihan kerana bancuhannya boleh disediakan lebih awal dan disimpan dalam peti ais.

Bahan yang digunakan pun ringkas, antaranya tepung naik sendiri, susu dan telur. Tak perlu banyak bahan atau sukatan yang rumit untuk hasilkan waffle homemade untuk sarapan.

Menariknya, telur putih dipukul sehingga kembang sebelum dicampurkan ke dalam adunan. Teknik ini membantu menghasilkan waffle yang lembut, malah menurut perkongsian asal, teksturnya masih lembut walaupun sudah lama berada di luar.

Baca juga: Resipi Roti Sardin Telur Ringkas & Sedap, Menu Sarapan Cepat Yang Tak Pernah Jemu

RESEPI WAFFLE MUDAH GUNA 4 BAHAN

resepi waffle mudah

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan susu kotak full cream
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Asingkan putih telur dan kuning telur.
  2. Masukkan kuning telur ke dalam mangkuk berisi tepung naik sendiri.
  3. Tuangkan susu dan masukkan secubit garam. Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
  4. Dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur sehingga kembang dan membentuk stiff peak atau ‘tanduk’.
  5. Masukkan putih telur yang telah dipukul kembang ke dalam adunan tepung. Kaup balik secara perlahan sehingga sebati. Elakkan mengacau terlalu kuat supaya adunan kekal ringan.
  6. Jika mahu sediakan untuk sarapan keesokan pagi, simpan adunan yang sudah siap dalam bekas bertutup di dalam peti ais.
  7. Keesokan pagi, panaskan waffle maker dan tuangkan adunan secukupnya ke dalam acuan.
  8. Masak sehingga waffle berwarna keemasan dan masak sepenuhnya.
  9. Angkat dan hidangkan bersama topping pilihan seperti madu, coklat, jem atau buah-buahan.

Tip: Putih telur yang dipukul sehingga kembang perlu digaulkan secara perlahan ke dalam adunan supaya tekstur waffle kekal lembut.

Sumber: Ana Syafi

Baca juga: Cara Buat Lempeng Gulung Yang Lembut Setiap Masa, Sesuai Untuk Sarapan Dan Minum Petang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending