Categories: Resepi

Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!

Asyik masak tomyam merah bosan juga, apa kata jom cuba resepi tomyam putih versi Thai ini pula. Sedap sangat kalau makan dalam mangkuk campur dengan nasi. Semangkuk confirm tak cukup kalau macam ni.

Jom lihat resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Eqienura Mokhtar di laman sosial Facebook. Sangat mudah dan menyelerakan. Selamat mencuba!

RESEPI TOMYAM PUTIH ASLI THAI

Bahan tumbuk:

  • Cili padi 5-10 biji (ikut tahap kepedasan disukai)
  • Bawang putih 2 ulas
  • Tomato cherry 4 biji (tomato besar lebih baik)

Bahan titik:

  • Serai 2-3 batang
  • Lengkuas 1 inci
  • Halia 1cm
  • Cili padi 5 biji
  • Bawang putih 3 ulas

Bahan lain:

  • Udang
  • Sotong
  • Bawang holand 1/2 biji
  • Oyster mushroom
  • Cauliflower
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar (optional)
  • Air perahan limau nipis 2 biji
  • Sos ikan
  • Garam
  • Gula (optional)

Cara memasak:

1. Sediakan air dalam periuk. Masukkan cili padi, tomato dan bawang putih yang ditumbuk. Biarkan kesemua bahan sehingga mendidih.

2. Setelah mendidih, terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang sudah dititik. Guna api perlahan saja.

3. Masukkan juga bawang holland yang sudah dihiris. Guna separuh saja.

4. Biarkan sekejap sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran kesukaan anda. Jangan lupa letakkan tomato kerana ia penting dalam menambahkan rasa masam tomyam. Biarkan sampai mendidih.

5. Apabila sudah mendidih baru campakkan daun limau purut. Kalau masuk awal nanti kuah akan rasa pahit dan aroma hilang.

6. Letakkan satu senduk sos ikan. Masakan Thai kalau tak letak sos ikan ini memang tak sah. Kemudian perasakan juga dengan garam secukupnya.

7. Seterusnya masukkan udang yang sudah dibuang kepala. Kalau nak letak udang besar/ galah/ harimau tak perlu buang kepala dan jangan campur makanan laut yang lain. Itu rahsia dia baru tomyam akan jadi manis.

8. Akhir sekali masukkan sotong yang sudah dicelur sekejap dengan air panas. Sotong tidak dimasukkan awal kerana nanti akan terlebih masak dan menjadi liat.

9. Sebelum tutup api, masukkan satu senduk santan atau susu cair. Tunggu sehingga kuah mendidih, tutup api dan perahkan jus limau nipis.

10. Sebelum dihidang, letakkan sedikit daun ketumbar. Jangan letak banyak, nanti kuah rasa pahit.

Selamat mencuba!

Kredit: Eqienura Mokhtar

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago