Seorang peniaga berkongsi resipi tepung ayam goreng homemade yang digunakan untuk jualannya. Hasilnya, ayam goreng menjadi sangat rangup dan berkerak setanding dengan ayam goreng di restoran fast food yang terkenal itu.
Jika ada yang tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk menghasilkan tepung ayam goreng buatan sendiri, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Encik Yayar B. Awang Noh di bawah.
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah. Ini Tips Serdak Meriah, Bertali & Rangup Elok
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Kisar kering serbuk perasa dan garam sehingga halus.
2. Kemudian, campur semua bahan dan kacau sehingga sebati. Siap tepung buatan sendiri.
3. Saya akan campur tepung segera yang dibeli dan buatan sendiri.
4. Selepas ayam siap dicuci bersih, dalam keadaan basah tu pecahkan sebiji atau dua biji telur. Bergantung pada kuantiti ayam.
5. Taburkan sedikit tepung ayam tadi untuk memekatkan.
6. Dalam bekas yang lain, sediakan tepung yang banyak untuk salut ayam.
7. Ambil ayam dan gaul dalam tepung tadi. Jangan terlalu nipis dan tebal sangat.
8. Terus masukkan ke dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana.
9. Goreng sehingga bertukar warna keperangan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Yayar B. Awang Noh
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Honey Garlic Ala Korea, Makan Licin Sampai Ke Tulang
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…