Setiap kali ke kedai masakan Thai, wajib order telur dadar mereka yang rangup dan garing! Rupanya tak susah pun kalau cuba resepi telur dadar Thai di rumah.
Namun begitu, ada tekniknya yang perlu anda ikuti. Kalau salah cara, hasilnya memang tidak akan sama seperti di kedai.
Kalau nak tahu bagaimana caranya yang betul, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Murni Rahmat di bawah. Confirm menjadi!
Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!
1. Pecahkan telur, masukkan semua bahan dan kacau hingga semuanya sebati. Pastikan garam larut sepenuhnya.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali hingga betul-betul panas.
3. Tuang telur dari jarak yang tinggi ke dalam kuali. (tarik tinggi-tinggi tapi awas percikan minyak).
4. Kena goreng telur dengan lama. Bila sudah nampak garing, baru angkat. Jika tidak nanti telur akan kempis dan serap minyak.
5. Ada juga resepi yang tidak guna tepung, tapi empunya resipi paling suka resepi ini sabab telur kurang berminyak dan garing.
6. Satu bancuhan telur ini untuk 3-4 kali goreng. Tidak boleh goreng sekaligus nanti tidak jadi gebu.
Kredit resipi dan gambar: Murni Rahmat
Baca juga: Resipi Sup Daging Thai ‘Padu’, Masak Tanpa Guna Minyak & Tanpa Tumis
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…