
Musim hujan memang mood nak makan makanan yang panas-panas. Cubalah resepi Taufufa lembut ini, mudah dibuat, manis secukup rasa dan sedap dinikmati sewaktu musim hujan.
Walaupun Taufufa biasanya dinikmati sejuk, ia juga boleh dimakan sedikit hangat ketika hujan. Rahsianya, kenalah sediakan air gula yang panas terlebih dahulu.
Azrina Razali berkongsi cara buat taufufa yang pernah viral dulu. Paling menarik, resipinya sangat ringkas dan siap dalam masa 15 minit saja. Jom kita tengok resipinya!
Baca juga: Cara Buat Puding Soya Gula Melaka Dengan 5 Bahan, Hasil Lembut Bergedik!
RESEPI TAUFUFA LEMBUT

Bahan-bahan:
- 2 kotak besar air soya (sekotak = 1 liter)
- 26g agar-agar tali (boleh timbang, biasanya paket tak tulis berat)
- 2¾ cawan air kosong (untuk larutkan agar-agar, jika 20g agar-agar, guna 2 cawan saja)
- Daun pandan (untuk aroma wangi)
- Air gula merah atau air gula biasa (boleh sediakan siap-siap untuk tuang ke taufufa)
Cara-cara buat:
1. Larutkan agar-agar dengan air kosong, masukkan daun pandan untuk aroma.
2. Setelah agar-agar larut, tuangkan air soya dan panaskan sebentar.
3. Tapis campuran agar-agar dan air soya sebelum tuang ke dalam bekas.
4. Biarkan sejuk sebentar sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
5. Sediakan air gula siap-siap, boleh tuang ke taufufa sebelum sejukkan untuk rasa lebih sedap.
Hasil daripada resepi Taufufa lembut ini bukan setakat manis secukup rasa, malah sangat menyegarkan untuk dinikmati seisi keluarga di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Azrina Razali
Baca juga: Bubur Sum Sum Pandan, Resepi Mudah Ini Dapat Hasil Lembut Bergedik
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














