Kalau korang perasan sejak dua menjak ini cuaca di negara kita sangat panas, boleh dikatakan setiap hari hanya ke dapur untuk minum air sejuk sahaja. Selain minum air sejuk kosong, korang boleh cuba air penyejuk tekak seperti kurma cincau, lepas minum pasti tekak rasa lega dan segar.
Jom cuba buat air susu kurma cincau yang penuh lemak berkrim ini
Bahan-bahan
- Sebotol susu kurma Farm Fresh
- Susu Dutch Lady full cream
- Cincau
- 1 tin susu sejat
- 3 sudu susu pekat
- Gula
- Garam
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan sebotol air susu kurma, susu full cream dan satu tin susu sejat ke dalam periuk dengan api yang sederhana.
- Masukkan secubit gula dan garam.
- Kacau sehingga larut dan masukkan 3 sudu susu pekat. Masak sehingga mendidih dan sejukkan.
- Potong dan cincang cincau, dan masukkan ke dalam air yang sudah disejukkan. Siap.
Sumber: Nor Erma Nazlin