sup tepung chinese style

Resepi sup tepung chinese style yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nur Syahirah Ramli ini sangat mudah dan sedap.

Menurutnya, resipi ini dipelajari daripada majikan lamanya dulu. Walaupun bahan-bahannya ringkas, rasa dia memang sedap dan mengenyangkan!

Doh tepungnya lembut-lembut kenyal, dimasak dalam kuah ikan bilis yang wangi dan manis semula jadi. Memang nikmat!

Baca juga: Resipi Sup Isi Ketam Chinese Style, Hirup Panas-Panas Memang Layan!

RESEPI SUP TEPUNG CHINESE STYLE

sup tepung chinese style

Bahan-bahan doh tepung:

  • 2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Air (tuang sedikit demi sedikit sampai boleh diuli)

Cara buat doh:

  1. Uli doh hingga lembut dan tak melekat di tangan.
  2. Cubit doh kecil-kecil dan leperkan sedikit. Ketepikan.
  3. Rebus doh dalam air mendidih hingga ia terapung.
  4. Angkat dan toskan.

Bahan-bahan kuah:

  • Segenggam ikan bilis
  • 4–5 cawan air
  • Segenggam pucuk manis (ambil daun muda)
  • Garam dan serbuk cukup rasa
  • Bawang goreng, ikan bilis goreng, cili padi hiris (untuk taburan)

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Goreng ikan bilis hingga garing.
  2. Masukkan air dan biar mendidih.
  3. Bila kuah dah mendidih, keluarkan ikan bilis tadi dan toskan (ikan bilis ini nanti digoreng semula untuk tabur atas sup).
  4. Masukkan doh tepung yang dah direbus ke dalam kuah.
  5. Tambahkan pucuk manis, garam dan serbuk cukup rasa.
  6. Masak hingga semuanya sebati dan doh lembut.
  7. Hidangkan panas-panas, taburkan bawang goreng, ikan bilis goreng dan cili hiris di atasnya.

Sumber: Nur Syahirah Ramli

Baca juga: Cara Buat Mee Wantan Kicap & Dumpling Sup, Resipi Lengkap Dengan Bahan Sampingan Lain!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN