resepi sup tepung

Ada ketikanya kita akan terasa kurang selera makan, lebih-lebih lagi jika keadaan badan yang kurang sihat. Jika begitu, anda boleh cuba resepi Sup Tepung yang mudah.

Sup Tepung adalah hidangan sup berasaskan tepung yang lembut. Sesetengah orang suka masukkan bahan sampingan sebagai isi seperti fish cake, crabstick, isi udang dan lain-lain.

Jika anak kurang berselera makan, anda pasti pening memikirkan bagaimana untuk meningkatkan seleranya. Buat saja Sup Tepung, mereka mesti berselera nanti.

Anda boleh cuba resepi Sup Tepung yang dikongsikan oleh Joriah Jue di Facebook ini. Caranya cukup mudah dan ringkas.

Baca juga: Sup Telur Jejari Ketam Dan Cendawan, Menu Sihat Tapi Kenyang!

RESEPI SUP TEPUNG

resepi sup tepung

Bahan-Bahan:

Cara-cara:

1. Uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga lembut dan tak melekat pada tangan.

2. Mayang bawang putih dan bawang merah, kemudian tumis bersama ikan bilis sehingga kekuningan.

3. Masukkan air 1 liter, kemudian biarkan rendidih.

4. Pada masa yang sama, cubit tepung secubit dan tarikkan guna dua-dua tangan sehingga jadi sekeping nipis.

5. Masukkan dalam periuk dan buat sehingga tepung habis, kemudian biar mengelegak sekejap agar tepung masak.

6. Sawi dihiris, basuh dan toskan, kemudian masukkan dalam periuk.

7. Letak garam secukup rasa (saya tak guna sebarang perisa lain). Keempukan sawi ikut citarasa anda, kemudian tutup api. Siap untuk dihidang!

resepi sup tepung

Anda boleh mengolah resepi Sup Tepung ini dengan meletakkan perasa lain seperti lada sulah. Boleh juga letak cili jika sukakan pedas.

Resepi Sup Tepung ini sangat enak dihidangkan panas-panas. Kuahnya yang lazat bersama tepung yang lembut pasti memikat selera.

Kami yakin selepas hirup kuahnya, nafsu makan anda akan kembali seperti biasa. Selepas itu bolehlah makan hidangan utama.

Selamat mencuba!

Sumber: Joriah Jue

Baca juga: Sup Tulang Merah, Resipi Campak-Campak Tapi Pedas Manis Cukup Rasa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN