sup sayur

Resepi sup sayur ini sesuai untuk mereka yang mahu sesuai yang ringkas dan cepat. Sesuai untuk makan tengah hari ataupun makan malam.

Caranya cukup mudah, hanya perlu tumis bawang putih. Titikkkan sedikit halia, masukkan air dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan sayur dan telur.

Mudah, kan? Ratah begitu saja pun sudah cukup sedap. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang resipi ini, teruskan membaca artikel ini!

Baca juga: Resipi Sup Sawi Dengan Bebola Ikan, Lauk Legend Mak Kita Dulu-Dulu

RESEPI SUP SAYUR SIMPLE

sup sayur

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 inci halia (dititik)
  • 4 cawan air
  • Sayur-sayuran pilihan (contoh: lobak, sawi, brokoli)
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan halia yang telah dititik. Tumis selama beberapa minit sehingga bahan-bahan beraroma.
  2. Tuangkan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih.
  3. Setelah air mendidih, masukkan sayur-sayuran pilihan ke dalam periuk. Masak selama beberapa minit sehingga sayur menjadi lembut.
  4. Pecahkan telur ke dalam sup. Biarkan telur masak dan bentuk kepingan kecil dalam sup.
  5. Tambahkan garam secukup rasa. Kacau seketika dan biarkan sup mendidih selama 2-3 minit lagi.
  6. Angkat sup dan tuangkan ke dalam mangkuk. Sup sayur ini boleh dinikmati panas-panas.
  7. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Norihan Mahmood

Baca juga: Cara Buat Sup Cendawan Pekat, Lazat & Rasa Berlemak, Hirup Sampai Licin!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN