resepi sup ikan merah​

Resepi sup ikan merah​ ini cukup sedap dan power, dijamin anak-anak dan seluruh keluarga tidak akan merasa bosan dengan hidangan ini.

Sup ikan ini juga berbeza dengan sup ikan yang biasa kita masak. Resipi ini juga tidak memerlukan sup bunjut ikan, menjadikannya unik dan istimewa.

Oleh itu jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh seperti yang dikongsikan oleh saudara Syafiq Ramli di bawah.

Baca juga: Resipi Sup Ayam Kuah Jernih & Tak Keruh, Rasa Pun ‘Clean’ Je!

RESEPI SUP IKAN MERAH​ SEDAP DAN PADU

Bahan-bahan:

  • Ikan merah (boleh juga menggunakan ikan lain) Empunya resipi suka menggunakan isi ikan yang sudah dipotong-potong
  • 1 biji bawang besar (tidak perlu banyak, hanya untuk mendapatkan sup yang sedap, lebihkan bawang putih)
  • 4 hingga 5 ulas bawang putih
  • Cili api (pilihan)
  • Halia 2 inci
  • Lengkuas 3 inci atau lebih (lengkuas ini yang akan membuat sup ikan lebih sedap. Potong kasar atau ketuk)
  • Sup bunjut ayam (tidak menggunakan sup bunjut ikan)
  • Sedikit serbuk sup
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup (harus ada)
  • Ajinomoto atau serbuk perasa (tidak perlu jika tidak suka)

Langkah-langkah:

  1. Tumis dahulu bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, dan sup bunjut.
  2. Setelah naik bau, barulah masukkan ikan.
  3. Masukkan air, garam, dan bahan lain.
  4. Tambahkan serbuk sup.
  5. Pada akhir proses memasak, masukkan daun sup. Jika tiada daun sup, rasa sup akan kurang sedikit.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Syafiq Ramli II

Baca juga: Sup Telur Suun Kegemaran Anak, Resipi Mudah Dimasak & Cepat Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN