resepi suhun goreng

Buat anda yang sudah biasa memasak di dapur pasti tahu tentang suhun yang selalu dijadikan bahan sampingan dalam sayur. Tapi siapa sangka adanya resepi Suhun Goreng yang sedap?

Ramai yang sering keliru kerana rupa bentuk suhun lebih kurang sama seperti bihun, sedangkan tekstur dan cara memasak sangat berbeza.

Suhun dibuat daripada pati kacang hijau, tapi ada juga yang dihasilkan dari pati ubi kayu dan kentang. Bihun pula adalah sejenis mi halus yang dibuat daripada tepung beras.

Sekarang ramai yang cuba kreatif dalam memasak dan Tun Telani juga tak ketinggalan untuk kongsikan resepi Suhun Goreng Cili Padi di blognya.

Baca juga: Tips Masak Sup Telur Suhun Yang ‘Perfect’, Telur Putih Pun Tak Berterabur

RESEPI SUHUN GORENG CILI PADI

resepi suhun goreng

Bahan-bahan:

  • 1 paket suhun (200g)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • ½ biji bawang besar (ditumbuk)
  • 3 biji cili padi (ditumbuk)
  • ½ cawan isi ayam (dihiris)
  • ½ cawan isi udang
  • 5 biji bebola ikan (dihiris)
  • Sedikit kobis (dipotong halus)
  • 1 batang lobak (disagat)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup (hiasan)
  • Cili merah (hiasan)

Cara-cara:

1. Rendam suhun sehingga lembut dan toskan.

2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi sehingga naik bau.

3. Masukkan isi ayam, udang dan bebola ikan, kemudian tumis sehingga masak.

4. Masukkan sayuran pilihan, sos tiram, dan kicap, kemudian gaul rata dan masak sehingga lembut.

5. Masukkan suhun dan minyak bijan, kemudian gaul sebati.

6. Perasakan garam dan tabur daun sup dan cili merah sebagai hiasan. Siap untuk dihidang!

resepi suhun goreng

Selain dimakan bersama nasi putih, anda juga boleh makan dengan begitu saja seperti bihun goreng.

Resepi Suhun Goreng Cili Padi ini sangat sesuai dijadikan hidangan buat seisi keluarga di rumah. Sudah rasa sekali, pasti nak buat lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Tun Telani

Baca juga: Resipi Suhun Goreng Pengganti Bihun, Lebih Sihat Sesuai Untuk Diet!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN