Resepi spaghetti carbonara ini bukan sahaja sedap, malah cara penyediaannya cukup ringkas kerana hanya mengambil masa selama 30 minit untuk memasaknya.
Masakan ini sesuai disajikan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah secara last minute. Kalau buntu nak hidang apa, boleh cuba resipi perkongsian oleh Puan Ayu Mashruddin di bawah.
Menu ini juga dijamin sedap dan akan disukai oleh sesiapa sahaja tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Laksa Kuah Merah Terengganu, Memang Sedap & Lain Dari Lain!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Rebus spaghetti sehingga lembut mengikut tempoh masa yang dinyatakan pada peket. Simpankan sedikit air rebusan dan toskan spaghetti.
2. Cairkan butter bersama olive oil. Tumis bawang holland, bawang putih dan cili padi.
3. Kemudian, masukkan protein dan gaul seketika sehingga masak.
4. Seterusnya, masukkan cendawan dan gaul sebati.
5. Tuangkan pula sos prego, susu segar, cooking cream dan air rebusan pasta.
6. Selepas itu, letakkan kiub ayam, garam, blackpepper dan italian mix herbs secukupnya.
7. Boleh ubah suai kepekatan sos menggunakan susu segar. Jika suka berkuah, tambah lagi susu. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Ayu Mashruddin via Masak Apa Hari Ni
Baca juga: Resipi Spaghetti Buttermilk Mudah Untuk Dimasak, Sedap & Tak Muak
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…