Categories: Resipi

Resipi Sotong Stim Limau, Kuah Masam Pedas Buat Nak Hirup Sampai Titisan Akhir!

Kalau suka lauk yang ada rasa masam, pedas dan menyegarkan, resepi sotong stim limau ini memang boleh masuk dalam senarai untuk dicuba. Sotong dikukus terlebih dahulu sebelum disiram dengan sos limau yang penuh dengan bawang putih, cili dan bahan-bahan lain.

Resipi ini juga tidak memerlukan proses memasak yang rumit. Sotong hanya perlu dikukus sehingga masak, manakala sosnya boleh disediakan secara berasingan sebelum dituangkan ke atas sotong. Gabungan jus limau nipis, cili dan bawang putih buat kuahnya lebih wangi dan menyelerakan.

Kalau suka rasa yang lebih pedas atau masam, sukatan cili dan limau boleh disesuaikan mengikut selera. Lagi banyak kuah, lagi sedap kalau dimakan bersama nasi putih panas.

Baca juga: Resipi Sotong Celup Tepung Rangup, Guna Cara Ini Baru Salutannya Tak Mudah Tertanggal

RESEPI SOTONG STIM LIMAU

Bahan sotong:

Bahan sos limau:

  • 7-8 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 8-9 biji cili padi (dicincang)
  • 3 biji limau nipis (diambil jus)
  • ½ hingga 1 kiub pati ayam
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar kicap sotong
  • 2 sudu besar gula
  • Daun ketumbar secukupnya (dihiris)

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan sotong dan kelar bahagian badan sotong, tetapi jangan sampai putus. Cara ini membantu sos lebih mudah melekat dan meresap pada sotong.
  2. Susun sotong di dalam bekas yang sesuai untuk mengukus. Letakkan serai, halia dan daun limau purut bersama sotong.
  3. Kukus sotong selama kira-kira 7-10 minit atau sehingga masak. Jangan terlalu lama supaya sotong tidak menjadi liat.
  4. Setelah sotong masak, keluarkan dan buang lebihan air sotong. Susun sotong di atas pinggan hidangan.
  5. Untuk menyediakan sos, panaskan 1 cawan air bersama kiub pati ayam dan gula. Kacau sehingga sebati, kemudian tutup api dan biarkan seketika.
  6. Masukkan bawang putih, cili padi, jus limau nipis dan daun ketumbar ke dalam kuah tadi.
  7. Tambahkan kicap sotong dan gaul rata. Rasa kuah dan sesuaikan rasa masam, pedas, masin serta manis mengikut selera.
  8. Tuangkan sos limau ke atas sotong yang telah dikukus.
  9. Taburkan lagi daun ketumbar dan hirisan cili jika suka. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Resipi dan gambar milik: MyResipi

Baca juga: Resipi Sotong Bakar Guna Bahan Perapan Ringkas, Cicah Air Asam Terus Bertambah Selera!

Wan N

Recent Posts

Petua Peria Goreng Kekal Rangup & Tak Cepat Lemau, Sedap Ratah Sebagai Kudapan!

Resepi peria goreng crispy ini sesuai untuk yang suka rasa rangup dan mahu peria tahan…

12 hours ago

Cara Masak Bendi Goreng Berlada Telur, Lauk Ringkas Tapi Sambal Pedasnya Buat Selera Bertambah-Tambah

Bendi goreng berlada telur sesuai dijadikan lauk ringkas untuk melengkapkan hidangan harian. Gabungan bendi yang…

14 hours ago

Resipi Rice Pudding Arab Yang Lembut Berkrim, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Jom cuba buat rice pudding atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Ruz Bil Laban. Pencuci…

15 hours ago

Cara Mudah Masak Pulut, 5 Langkah Ini Buat Pulut Lembut & Jadi Cantik Sebutir-Sebutir

Nak cari cara mudah masak pulut yang tak memerlukan banyak langkah? Teknik yang dikongsikan oleh…

16 hours ago

Resipi Udang Butter Nestum Rangup & Wangi Semerbak, Ratah Begitu Saja Pun Sedap!

Kalau suka hidangan udang yang rangup dengan salutan berlemak dan wangi, udang butter nestum ini…

16 hours ago

Rupanya Ayam Pun Sedap Dibuat Kengsom, Kuah Masam Pedas Memang Ngam Dengan Nasi Panas!

Ayam masak kengsom mungkin tidak seperti versi ikan, tetapi lauk ini memang menarik untuk dicuba.…

16 hours ago