Categories: Resipi

Resipi Sotong Kangkung, Ini Bahan Rahsia Supaya Kuah Lebih Unik & Istimewa

Sotong kangkung merupakan hidangan yang wajib dicuba jika melancong ke Pulau Pinang. Hidangan ini jarang dibuat di rumah kerana lebih mudah jika dibeli.

Namun begitu, harga untuk sepinggan kecil boleh tahan mahal juga. Jadi, apa kata jom kita cuba buat sendiri di rumah. Rasa juga akan menjadi lebih sedap kerana menggunakan bahan-bahan yang segar dan dijamin bersih.

Jom lihat resipi lengkap perkongsian oleh Puan Rosilawati Masri di bawah.

Baca juga: Resipi Sambal Sotong Mudah & Lazat, Hilangkan Bau Hanyir Dengan ‘Teknik’ Ini

RESEPI SOTONG KANGKUNG

Bahan-bahan:

  • 1 ekor sotong kembang
  • 1 cekak kangkung
  • 3 sudu sos merah (resepinya ada pada gambar)
  • 1 sudu petis (otak udang)
  • 1 sudu sos plum
  • 1 biji cili padi
  • 3 sudu kacang tanah
  • 1 sudu bijan

Cara-cara:

1. Bersihkan sotong. Ada orang basuh dengan cuka, kapur atau jus limau. Kemudian, potong mengikut saiz yang anda sukai.

2. Kemudian celur dalam periuk. Jangan terlalu lama, nanti keras.

3. Sementara itu, siang dan cuci bersih kangkung. Buang batang jika tidak suka.

4. Kemudian celurkan kangkung. Jangan terlalu lama, nanti layu dan tak rangup.

5. Sangai bijan dan kacang tanah.

6. Untuk kuah sotong kangkung pula, campur sos merah (lihat resipi di sini), petis (otak udang) dan sos plum. Gaul rata. Masukkan juga hirisan cili padi jika suka.

7. Susun kangkung di dalam pinggang. Kemudian letakkan pula sotong.

8. Tuang kuah yang kita buat tadi.

9. Akhir sekali, taburkan kacang tanah dan bijan yang disangai tadi. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Baca juga: Cara Siang Sotong Kembang Yang Betul, Baru Tak Liat Dan Lagi Lembut Isinya

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago