Categories: Resipi

Resepi Sotong Goreng Tepung Tak Lari, Teknik Ini Dapat Rangup Sempurna!

Jika tiada idea hidangan lauk untuk keluarga di rumah, kami cadangkan anda cuba resepi Sotong Goreng Tepung yang hasilnya sungguh rangup.

Sotong Goreng Tepung ialah hidangan makanan laut yang sangat popular. Pergilah mana-mana kedai makan di Malaysia, pasti ada hidangan ini dalam menu.

Tak ramai berjaya buat hidangan ini di rumah kerana tepungnya tak melekat elok. Sebenarnya, anda hanya perlu campurkan beberapa jenis tepung dan menggunakan cara goreng yang betul.

Seperti perkongsian resepi Sotong Goreng Tepung oleh Nurul Faidha di Facebook, hasilnya sungguh mengagumkan kerana tepung tak lari daripada sotong sama sekali. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG

Bahan-bahan:

  • Tepung goreng ayam Bon Chef (jika tiada, boleh guna tepung Bestari)
  • Tepung ubi
  • 2 biji telur
  • Tepung jagung
  • Tepung gandum
  • 2 sudu serbuk black pepper
  • Tepung beras
  • Minyak masak

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kerat-kerat sotong dan tapiskan airnya.

2. Campurkan tepung goreng ayam Bon Chef, tepung ubi, tepung jagung, tepung gandum dan tepung beras, kemudian letak serbuk black pepper.

3. Selepas itu, pecahkan telur dan kacau seperti buat telur dadar.

4. Seterusnya, tambah dua atau tiga sudu tepung-tepung tadi dalam bancuhan telur bagi pekat sedikit supaya salutan sotong melekat elok.

5. Setelah itu, letak sotong dalam bancuhan tepung, kacau bagi rata serta sebati dan golek-golekkan sotong.

6. Akhir sekali, goreng deep fry dalam minyak yang betul-betul panas (tak perlu letak garam sebab tepung goreng ayam Bon Chef  itu pun sudah cukup rasa), angkat dan toskan. Siap!

Antara tips yang anda boleh gunakan dalam resepi Sotong Goreng Tepung ini:

  • Jika guna secawan tepung ubi, tepung jagung pun secawan juga. Tambahlah 4 hingga 5 sudu tepung gandum dan tepung beras.
  • Goreng dengan api sederhana dan kacau kerap supaya serdak tepung tak hangit.
  • Jika minyak sudah tak elok digunakan, tukar minyak lain. Jika guna juga, jadi tak elok salutan sotong itu nanti.
  • Pastikan minyak betul-betul panas, baru masukkan sotong.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Faidha

Baca juga: Resipi Singgang Sotong Yang Luar Biasa, Tengok Kuah Pun Dah Kecur Air Liur!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

11 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

12 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

13 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

13 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

14 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

14 hours ago