Categories: Resipi

Resipi Sotong Goreng Kari Yang Terlajak Sedap, Aroma Dia Buat Satu Rumah Lapar!

Kalau tiada idea nak masak apa guna lauk sotong, jom cuba resipi sotong goreng kari yang terlajak sedap ini. Sesekali tukar selera, bosan juga kalau asyik masak sotong sambal kan?

Resipi ini memang cepat siap, tak perlu tunggu lama sebab sotong pun jenis cepat masak. Lagi sedap bila kuah kari dia meresap masuk dalam sotong, memang bertambah selera makan nasi.

Kalau masak untuk keluarga, confirm licin sepinggan. Nak buat makan tengah hari pun sesuai, nak bawa bekal pergi kerja pun boleh. Yang penting, cara masaknya simple tapi rasanya padu.

Baca juga: Trik Kembangkan Sotong Kering Dengan Mudah, Hasil Jadi Lembut & Tak Bau Hanyir!

RESIPI SOTONG GORENG KARI

Bahan-bahan:

  • Sotong (dibersihkan dan ditos kering)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • ½ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • Bawang besar secukupnya (dihiris)
  • Bawang putih secukupnya (dihiris)
  • Cili api hijau secukupnya (dihiris)
  • Air asam jawa (dibancuh daripada sebesar bola pingpong asam jawa, ambil kira-kira ½ mangkuk air)
  • Minyak masak secukupnya

Cara memasak:

  1. Dalam satu mangkuk, gaulkan sotong yang telah ditos kering dengan serbuk cili, rempah kari ikan dan garam. Perap seketika supaya rempah meresap.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan sotong yang telah diperap dan goreng hingga air sotong sedikit kering.
  3. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili api hijau. Goreng hingga naik bau.
  4. Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
  5. Biarkan masak sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat. Perasakan semula dengan garam jika perlu.
  6. Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Aisha Shukor

Baca juga: Resipi Sotong Masak Cili Padi Kunyit, Tekstur Lembut & Tak Kecut Bila Ikut Cara Ini

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

4 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

5 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

5 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

6 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

6 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

7 hours ago