Jom cuba resepi sotong celup tepung rangup ini di rumah. Kadangkala bila makan di kedai, sotong goreng tersebut tidak menepati cita rasa. Ada yang rupa macam donut dan ada juga yang liat.
Mungkin ada yang pernah cuba buat sendiri di rumah, tetapi tepung tidak melekat pada sotong apabila digoreng. Bukan itu sahaja, ramai yang mengalami kejadian sotong ‘meletup’ ketika sedang menggoreng.
Tak perlu risau lagi, jika anda ikuti langkah demi langkah cara membuatnya di bawah, dijamin sotong anda akan menjadi rangup dan cantik sempurna selepas digoreng. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Sedapnya Ikan Celup Tepung Ala Terengganu, Ikut Resipi Ini Memang Rangup Kruk Krak!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan kecuali sotong di dalam satu mangkuk. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
2. Gaulkan sotong dengan 1 sudu tepung beras kering terlebih dahulu supaya bancuhan melekat pada sotong bila digoreng nanti. Kemudian, baru masukkan sotong ke dalam bancuhan tadi.
3. Pastikan minyak betul-betul sudah panas sebelum masukkan sotong. Goreng sehingga keperangan dan rangup. Selamat mencuba!
Petua:
Jika mahu mengelakkan sotong meletup, bersih dan buang kulit sotong seperti ini. Lapisan kulit tersebut punca sotong meletup ketika digoreng.
Kredit resipi dan gambar: Iella Mohamad
Baca juga: Resipi Cendawan Celup Tepung Rangup, Memang Ketagih Dibuatnya!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…