“Menyesal lambat belajar resepi sotong bakar Thai ni. Kalau tak, hari-hari dah buat…”
Jika anda pernah melancong ke Hatyai, sotong bakar ini memang yang banyak dijual di kedai-kedai tepi jalan.
Kalau tiba-tiba mengidam, takkan nak fly jauh ke Hatyai semata-mata nak makan sotong bakar kan?
Oleh itu, jom kita belajar buat sendiri sotong bakar di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Lia Dahlia di bawah.
Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera
1. Cuci bersih sotong dan kelar. Jangan sampai terputus.
2. Campurkan semua bahan-bahan perapan sotong, gaul pada sotong sehingga rata. Perapkan selama 15 minit.
3. Bakar dalam air fryer pada suhu 140℃ selama 15 minit. Kemudian tukar suhu kepada 180℃ selama 5 minit supaya lebih garing.
4. Jika tiada air fryer, boleh grill atas kuali leper atau bakar macam biasa.
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda (*).
2. Campurkan dengan air limau kasturi, sos ikan, bawang merah dan akar ketumbar.
3. Jika kuah agak pekat, tambah sedikit air suam.
4. Ubah suai rasa masam, manis, pedas dan masin supaya seimbang.
5. Curahkan ke atas sotong yang sudah dibakar tadi. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Lia Dahlia
Baca juga: Cara Buat Pancake Pisang, Makanan ‘Street Food’ Terkenal Di Thailand
Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…
Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…
Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…
Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…
Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…
Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…