Categories: Resipi

Resipi Soto Dan Sambal Kicap ‘Letopss’, Belum Makan Perut Dah Berkeroncong!

Resepi soto​ ​dengan sambal kicap ini pasti akan memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya. Aromanya dijamin membuat perut anda berkeroncong!

Apa yang menarik, soto ini boleh dihidangkan dengan pelbagai bahan hiasan seperti taugeh, daun sup, dan bawang goreng. Semua ini menambah lagi kesedapan dan variasi rasa.

Jangan lupa nikmati soto bersama sambal kicap yang pedas dan cukup rasa! Ia adalah pelengkap yang menjadikan hidangan ini lebih sempurna. Jom cuba!

Baca juga: Cara Menggoreng Bergedil Supaya Tak Hancur, Barulah Sedap Dan Perfect!

RESEPI SOTO​

Bahan-bahan soto:

  • 3 sekawan (daun bawang, halia, dan lengkuas)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1/2 biji bawang besar kuning
  • 1 biji bawang merah (kisar)
  • 1 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 sudu rempah sup Baba’s
  • 1 jag besar air
  • 1 kiub ayam Knorr
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa ketul ayam (campurkan bahagian bertulang dan isi dada)

Cara penyediaan soto:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Masukkan 3 sekawan, serai, dan bawang besar kuning. Tumis sehingga wangi.
  3. Tambahkan bahan kisar (bawang merah dan bawang putih) dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan 3 sudu rempah sup Baba’s dan tumis lagi.
  5. Tambahkan secawan air, kacau sehingga bahan tumis sebati.
  6. Masukkan ketul ayam dan biarkan seketika.
  7. Tambahkan air sebanyak 1 jag besar dan biarkan mendidih.
  8. Setelah kuah mendidih, masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa. Gunakan api perlahan.
  9. Jika suka, boleh juga masukkan bebola daging.
  10. Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali.
  11. Keluarkan ayam, tinggalkan bahagian bertulang sahaja. (Boleh tapis kuah jika tidak mahu hirisan bawang.)
  12. Goreng ayam yang dikeluarkan, kemudian carikkan.

RESEPI SAMBAL KICAP

Bahan-bahan sambal kicap:

  • 2 genggam cili padi hijau dan merah (dikerat-kerat)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 genggam cili padi (tambahan)
  • Kicap lemak Jalen (secukupnya)
  • Sedikit lemak Jalen pekat (hingga paras cili)
  • 1 biji asam limau kasturi (perah tanpa biji)
  • Secubit gula
  • Sedikit perasa

Cara penyediaan sambal kicap:

  • Goreng cili padi hijau, cili padi merah, dan bawang putih seketika.
  • Tambahkan 1/2 genggam cili padi dan goreng lagi.
  • Masukkan kicap lemak Jalen dan sedikit lemak Jalen pekat hingga paras cili.
  • Perahkan asam limau kasturi, tambah secubit gula dan sedikit perasa.
  • Kisar hingga lumat. Siap!

Bahan hiasan:

  • Isi ayam yang sudah dicarik
  • Daun sup
  • Taugeh
  • Kacang tanah goreng
  • Bawang goreng
  • Bebola daging
  • Asam limau kasturi
  • Suhun goreng

Cara hidangan:

  1. Soto ini enak dimakan dengan nasi impit atau bihun.
  2. Taburkan bahan hiasan seperti isi ayam, daun sup, taugeh, kacang tanah goreng, bawang goreng, bebola daging, dan asam limau kasturi.
  3. Jangan lupa tambahkan suhun goreng dan sambal kicap letops!
  4. Selamat menjamu selera!

Kredit: Afy AL Habibi

Baca juga: Guna 10 Biji Kentang Dapat 40 Biji Bergedil, Ikut Saja Resipi Ini

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago