sos bawang putih

Setiap kali beli shawarma di kedai, pasti ramai yang minta sos bawang putih extra kan? Lagi banyak sos, lagi sedap tau! Memang tak cukup sos yang dia letak tu.

Rupanya anda boleh cuba buat sendiri sos bawang putih atau nama arabnya, Toum ini di rumah. Bahan utama yang digunakan hanyalah bawang putih, putih telur, minyak sayur, jus lemon dan garam.

Sos ini sesuai dijadikan pencicah ayam goreng, ayam bakar ataupun daging bakar. Kalau buat shawarma homemade, bolehlah letak sos ini sebanyak mana yang anda mahu!

Jom ikuti resipi perkongsikan oleh Ummu Ashraf di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Mesti Licin Pinggan Anak-anak Dibuatnya!

RESIPI SOS BAWANG PUTIH ARAB

Bahan-bahan:

  • 7 ulas bawang putih
  • 1 putih telur
  • 2/3 cawan minyak sayur
  • 1 camca besar jus lemon
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Kupas dah hiris bawang putih. Kemudian kisar bersama putih telur sehingga bawang putih menjadi halus.

2. Sambil mengisar, masukkan minyak dengan aliran tetap secara perlahan-lahan.

3. Adunan akan jadi memekat. Teruskankan aliran minyak sehingga adunan agak kental. Sos toum ini lebih kental dari mayonis.

4. Akhir sekali, masukkan garam dan jus lemon. Kisar lagi sehingga sebati.

5. Sedia untuk digunakan di dalam wrap, kebab, dicicah dengan ayam goreng dan sebagainya. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ummu Ashraf

Baca juga: Rahsia Perapan Daging Bakar Yang Sedap, Lembut & Juicy

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN