Anda yang suka buat pencuci mulut di rumah, sudah tahu resepi Som Som Sagu Gula Melaka yang sedap atau belum?
Resepi Som Som Sagu Gula Melaka adalah antara resepi pencuci mulut yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.
Nak tahu resepi Som Som Sagu Gula Melaka yang sedap? Anda boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Ziela Ramli di Facebook ini.
Baca juga: Bubur Jagung Sagu, Elak Langkah Ini Supaya Rasa Aslinya Tak Hilang
Bahan untuk sirap gula melaka:
Bahan untuk sagu:
Bahan untuk kanji som som:
Cara penyediaan sirap gula melaka:
1. Mula-mula, masukkan semua bahan untuk sirap gula Melaka ke dalam periuk.
2. Masak sehingga gula licin dan hancur.
3. Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais.
Cara penyediaan sagu:
1. Mula-mula, didihkan air terlebih dahulu dan masak sagu bersama daun pandan seketika.
2. Asingkan daun pandan dan kacau sehingga sagu tak kelihatan warna putih.
3. Tuang ke dalam penapis di bawah air yang mengalir supaya tak berkanji sangat dan sagu berbiji cantik.
4. Letak sekejap saja di atas api dapur dan masukkan pes pandan, kemudian gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Cara penyediaan kanji som som:
1. Campurkan semua bahan kanji som som dalam kuali, kemudian kacau bahan hingga tak berketul. Pastikan api dapur jangan terlalu kuat.
2. Mula mengacau sehingga berwap sedikit likat dan timbul meletup-letup, kemudian terus tutup api.
3. Terus tuang ke dalam bekas sagu tadi supaya dapat hasil berlapis sagu dan kanji som som, kemudian biarkan sejuk seketika. Siap untuk dihidang!
Mak-mak boleh sempurnakan resepi Som Som Sagu Gula Melaka dengan hidangkan bersama sirap gula Melaka.
Selamat mencuba!
Sumber: Ziela Ramli
Baca juga: Bubur Kacang Hijau Durian, Lemak Manis Cukup Rasa Dengan Resipi Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…