Alangkah bertuahnya jika mempunyai jiran baik dan sering hulurkan makanan, siap ada yang sudi ajar cara buat Sambal Goreng yang sedap tau.
Sambal Goreng adalah makanan pelengkap dalam upacara adat, perayaan dan tradisi di Indonesia yang sering dihidangkan dengan pelbagai jenis nasi.
Rasa manis dan pedas pada Sambal Goreng sangat berbeza daripada sambal lain dan makanan ini cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa.
Nija Lim telah kongsikan cara buat Sambal Goreng dengan resipi daripada jirannya yang berasal dari Indonesia dan rasanya sedap tak terkata. Jom cuba!
Baca juga: Sambal Ikan Bilis TERPALING Senang, Jangan Skip Langkah Ini Kalau Nak Garing
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Hiris kasar cili merah, cili hijau, cili padi hijau, bawang besar, bawang putih dan tomato.
2. Kemudian, goreng semua bahan hirisan dengan sedikit minyak masak yang panas dan seketul belacan.
3. Apabila sudah nampak layu, angkat dan bolehlah ditumbuk atau dikisar kasar.
4. Selepas itu, goreng semula dalam minyak masak yang sama.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Siap untuk digunakan!
Cara buat Sambal Goreng ini cukup mudah dan anda boleh perahkan limau atu cuka jika lebih sukakan rasa manis, pedas dan masam.
Sambal Goreng ini lebih tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk, jadi anda boleh jadikannya sebagai salah satu stok sambal di rumah.
Anda boleh nikmati Sambal Goreng ini bersama ikan goreng, ayam goreng, tauhu, tempe, ulaman dan sayur-sayuran.
Selamat mencuba!
Sumber: Nija Lim
Baca juga: Cara Buat Sambal Nasi Kak Wok, Pedas Dan Manisnya Cukup Rasa!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…