Pencinta makanan pedas pasti rasa hidangan tak lengkap tanpa rasa cili yang membara. Jika begitu, eloklah anda cuba resepi Solok Lada pada hari ini.
Solok Lada atau juga dikenali sebagai lada sumbat merupakan sejenis masakan tradisional Melayu yang popular di negeri Kelantan dan Terengganu.
Resepi Solok Lada menggunakan lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan.
Resepi Solok Lada yang telah dikongsikan oleh Hajar Mohd di Facebook ini cukup menarik dengan menggunakan periuk nasi yang mudah. Jom cuba!
Baca juga: Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Panggang atau rebus 2 ekor ikan selayang dalam anggar ½ kg, tapi jika nak guna isi ikan mentah pun boleh.
2. Apabila sudah masak, asingkan tulang dan isi. Jika nak tahu ikan dah masak atau belum, biasanya mata ikan akan terkeluar.
3. Belah lada hijau. Boleh pakai glove jernih supaya tangan tak pijar.
4. Tumbuk biji lada hitam, halia, bawang besar dan bawang putih, kemudian lumatkan isi ikan tadi sekali.
5. Kaup isi lesung tadi, masukkan kelapa parut putih dengan menggunakan nisbah 1:1, iaitu isi lesung sama banyak dengan isian kelapa parut. Jika suka pedas, boleh racik cili api. Gaul sebati dengan perasa, garam atau gula.
6. Sumbat inti dalam lada sampai terkeluar pun tak mengapa. Nak lebih sedap, boleh tuang santan atasnya. Jika ada lebihan inti, boleh kepal bulat-bulat.
7. Kukus dalam periuk nasi selama 5 minit. Jika ada pucuk ubi, boleh gunakan untuk melapiknya. Siap untuk dinikmati!
Resepi Solok Lada ini sangat sesuai digandingkan bersama nasi kerabu sebagai makan tengah hari yang enak.
Selamat mencuba!
Sumber: Hajar Mohd
Baca juga: Nasi Kerabu Bunga Telang, Tak Guna Pewarna Pun Hasil Biru Menyerlah!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…