Jika ada yang kurang gemar dengan masakan bersantan atau berempah, menu singgang ikan selar ini pasti sesuai dengan selera anda.
Resipi ini tidak perlu menumis, hanya perlu satukan semua bahan dan didihkan sehingga masak. Memang cukup mudah dan ringkas untuk dicuba.
Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi yang dikongsikan oleh Puan Nazuhaina Azu di bawah. Lagi padu jika digandingkan dengan budu, sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan goreng.
Baca juga: Resipi Ikan Siakap Stim Limau, Rasa Tetap ‘Umph’ Walaupun Bahan Ringkas!
RESEPI SINGGANG IKAN SELAR
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4 ekor ikan selar
- Bawang putih (dihiris)
- Bawang merah (dihiris
- Kunyit hidup (ditumbuk)
- Halia (ditumbuk)
- Asam keping
- Serai (dititik)
Cara memasak:
1. Cuci ikan selar sehingga bersih. Ketepikan.
2. Tumbuk kunyit hidup dan halia sehingga separa lumat. Boleh rujuk gambar di bawah.
3. Kemudian, letakkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama bawang putih, bawang merah, asam keping dan juga serai.
4. Selepas itu, tuangkan air ke dalam periuk. Kuantiti mengikut jumlah air yang dimahukan.
5. Seterusnya, perasakan singgan dengan garam secukupnya mengikut cita rasa masing-masing.
6. Biarkan mendidih sehingga ikan masak sepenuhnya.
7. Apabila ikan sudah masak, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nazuhaina Azu
Baca juga: Cara Bezakan Ikan Laut & Ikan Bela Yang Ramai Tak Tahu, Mana Lagi Sedap?