siakap sos plum

Kalau dah biasa dengan siakap tiga rasa atau siakap stim halia, apa kata kali ini cuba pula menu istimewa iaitu siakap sos plum pedas. Hidangan ini gabungan rasa masam manis dari sos plum dan buah plum jeruk, ditambah pula dengan pedas cili serta aroma taucu pedas.

Bila kuah pekat ini dituang atas ikan siakap yang digoreng rangup, memang membuka selera! Resipi ini sesuai untuk hidangan keluarga, lebih-lebih lagi kalau makan bersama nasi panas. Jom kita tengok bahan dan cara penyediaannya di bawah.

Baca juga: Rahsia Ikan Siakap Stim Sedap & Tak Hanyir, Rasa Sama Macam Makan Dekat Kedai Siam!

RESEPI SIAKAP SOS PLUM PEDAS

siakap sos plum

Bahan utama:

  • 1 ekor ikan siakap (500g – 700g)

Bahan kisar kasar:

  • 2 inci halia
  • 3 batang cili merah
  • 3–4 batang cili padi merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar taucu pedas

Bahan sos:

  • 5–6 sudu besar sos plum
  • 1 sudu kicap pekat
  • 3–4 sudu besar cuka
  • 3–4 sudu besar sos tomato
  • 2–3 sudu gula
  • 2–3 biji buah plum jeruk
  • ½ cawan air

Bahan tambahan:

Cara Memasak

  1. Bersihkan ikan siakap, kelar bahagian badan, kemudian lumurkan dengan garam. Goreng ikan secara deep fry sehingga garing dan keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar kasar sehingga wangi dan naik bau.
  3. Masukkan semua bahan sos, kacau rata. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  4. Masak sehingga kuah menggelegak dan sebati.
  5. Taburkan daun bawang cincang, kemudian curahkan kuah sos plum pedas di atas ikan siakap yang telah digoreng.
  6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber: Ahmad Shinoda

Baca juga: Resipi Kuah Tiga Rasa Asli Thai, Curah Atas Ikan Siakap Rangup Memang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN