resepi siakap 3 rasa

Resepi siakap 3 rasa perkongsian oleh Mut Tam ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Rasanya juga sama sedap seperti makan di kedai.

Setiap kali ke restoran Thai, menu ikan siakap 3 rasa ini sering menjadi pilihan ramai. Mana tidaknya, rasanya yang masam dan manis sangat memikat hati.

Jika ada yang nak cuba masak sendiri di rumah, boleh ikuti resipi lengkap di bawah. Dijamin puas hati!

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Masak Taucu, Menu Ringkas Tapi Sangat Membuka Selera

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA KEDAI THAI

Bahan-bahan:

Bahan-bahan sos:

  • Bawang merah cincang
  • Bawang putih cincang
  • Jus limau nipis
  • Lada hiris cili padi hiris
  • Daun limau purut hiris
  • Tomato dadu
  • Halia hiris
  • Daun ketumbar hiris
  • Sos ikan
  • Sos tomato
  • Sos cili Thai
  • Garam
  • Gula
  • Air

Cara memasak:

1. Cuci ikan sehingga bersih. Lumur ikan dengan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam sehingga rata.

2. Kemudian goreng sehingga masak dan garing. Bila dah masak, angkat dan ketepikan seketika.

resepi siakap 3 rasa

3. Buang minyak sisa goreng ikan tadi dan biarkan sedikit saja minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia sehingga layu.

4. Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili Thai dan sos ikan. Nisbah sos tomato dan sos cili Thai, 1:2.

resepi siakap 3 rasa

5. Seterusnya, masukkan lada merah, daun ketumbar, daun limau purut dan tomato. Perasakan juga dengan lada dan garam.

resepi siakap 3 rasa

6. Masukkan air secukupnya mengikut kuantiti kuah yang disukai.

7. Siram kuah ke atas ikan yang sudah siap digoreng tadi.

8. Siap, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

resepi siakap 3 rasa

Kredit resepi dan gambar: Mut Tam

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Guna Bahan Mudah Tapi Rasa Macam ‘Kayangan’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN