Categories: Resipi

Resepi Shellout Homemade Yang Simple, Macam Ini Lebih Puas Makan

Buat yang meminati seafood, anda pasti sangat suka ke restoran yang menawarkan Shellout. Bagaimana agaknya resepi Shellout ini sampaikan ia begitu sedap?

Shellout merupakan satu konsep hidangan makanan berasaskan seafood yang cukup popular di Malaysia. Hanya restoran seafood tertentu yang ada hidangan lazat ini.

Hidangan makanan Shellout ini dicurahkan atas plastik bersih yang dikelilingi oleh pelanggan. Ia nampak seperti makan dalam dulang cuma diganti dengan plastik.

Jika nak cuba buat sendiri di rumah, anda boleh ikut resepi Shellout homemade yang dikongsikan oleh Nur Syafiqin di Facebook ini.

Baca juga: Jom Cuba Resepi Shellout Homemade Ala-Ala Cafe, Guna Bahan Simple Je & Jimat!

RESEPI SHELLOUT HOMEMADE

Bahan-bahan:

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • Satu genggam cili kering
  • 3 ulas bawang putih

Cara-cara:

1. Panaskan minyak sedikit dan masukkan bahan yang kisar tadi.

2. Tunggu sambal naik minyak dan masukkan rempah kari daging, kemudian masak sehingga betul-betul pekat.

3. Letak gula, garam dan perasa secukupnya, kemudian masukkan ketam dan gaul rata.

4. Masukkan sotong dan gaul rata, tunggu 5 minit, kemudian masukkan lala pula dan gaul rata lagi.

5. Masukkan udang, bunga kobis dan brokoli, kemudian gaul rata semuanya.

6. Jika ada jagung rebus, boleh potong dan masukkan sekali, kemudian gaul rata lagi. Siap untuk dihidang!

Diingatkan supaya jangan letak air terlalu banyak kerana udang dan sotong akan keluarkan air.

Jika teringin makan seafood tapi malas nak keluar rumah, bolehlah buat resepi Shellout homemade yang mudah ini.

Sesetengah orang suka makan Shellout bersama nasi putih, tapi ada juga yang lebih suka ratah begitu saja.

Tak kisahlah dengan cara apa pun, paling penting anda dapat puas makan Shellout di rumah bersama keluarga tersayang.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Syafiqin

Baca juga: Cara Buat Pes Shellout Homemade, Bila Nak Masak Pes Dah Ready!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago