
Kalau ada yang mencari resepi serunding kelapa mudah tapi tetap sedap, memang kena cuba resipi di bawah ini.
Serunding wangi, rangup dan sesuai dimakan dengan pelbagai hidangan, terutamanya pulut tanak atau sebagai inti dalam kuih tradisional.
Cara yang dikongsikan oleh Puan Jamilah Jaleni ini difahamkan resipi turun-temurun keluarga beliau. Sangat ringkas tapi rasanya asli dan autentik.
Baca juga: Resepi Serunding Ikan Sedap Dan Tahan Lama, Boleh Guna Untuk Buat Karipap Mini!
RESEPI SERUNDING KELAPA

Bahan-bahan:
- Kelapa parut putih
- Lada kering
- Bawang putih
- Bawang besar
- Halia
- Kunyit
- Udang kering
- Serai
Semua bahan di atas dikisar halus kecuali kelapa parut.
Cara penyediaan:
- Kisar lada kering, bawang putih, bawang besar, halia, kunyit, udang kering dan serai sehingga halus.
- Kemudian, masukkan bahan kisar ini ke dalam kelapa parut putih dan gaul rata supaya semua bahan sebati dengan kelapa.
- Perasakan campuran kelapa tadi dengan garam, serbuk perasa, gula dan air asam jawa secukup rasa.
- Titikkan beberapa batang serai untuk menambah aroma wangi yang lebih menyelerakan.
- Sangai campuran kelapa dalam kuali dengan api sederhana hingga kelapa menjadi keperangan, kesoi dan kering.
Serunding kelapa ini sesuai disimpan dalam bekas bertutup dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Sumber: Jamilah Jaleni
Baca juga: Serunding Bunga Kantan, Resipi Paling Mudah Tapi Memang Terlajak Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














