resepi seri kaya

Jom cuba resepi seri kaya ini di rumah. Sapu pada roti bakar untuk sarapan pagi memang ngam!

Kalau buat sendiri, kalian boleh ubah suai tahap kemanisan mengikut selera masing-masing.

Cara penyediaannya juga cukup mudah. Bahan-bahan juga senang didapati dimana-mana kedai.

Ikuti resipi lengkap oleh Puan Rahimah Rahman di bawah.

Baca juga: Kaya Pandan Homemade Ala Boat Noodle, Wangi Dan Sedap Rasa Pandannya

RESEPI SERI KAYA HOMEMADE

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas

Cara-cara:

1. Masak gula hingga keperangan. Padamkan api.

2. Kemudian masukkan 1 cawan air panas dan buka api semula.

3. Kacau hingga gula cair. Biarkan seketika.

Bahan-bahan B:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam (jika kurang suka, boleh abaikan)

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas sampai gula hancur.

Bahan-bahan C:

  • 1 kotak santan (200ml)
  • 2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

1. Panaskan bahan A (gula karamel). Kemudian masukkan bahan B. Kacau hingga sebati.

2. Seterusnya masukkan santan yang telah dicampur dengan tepung jagung.

3. Kacau guna api pelahan hingga pekat dan berkilat. Pastikan tidak hangus.

4. Setelah seri kaya kelihatan berkilat dan pekat, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.

resepi seri kaya

Kredit resipi dan gambar: Puan Norimah Rahman

Baca juga: Sapuan Coklat Ala Nutella, Buat Sendiri Di Rumah Guna 4 BAHAN Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN