resepi serabai

Resepi serabai ini sangat mudah dan ringkas untuk dicuba. Rasanya yang lembut dan teksturnya yang kenyal menjadikannya kegemaran ramai.

Ada yang lebih suka menikmati kuih serabai ini dengan cara cicah, tetapi sebenarnya, makan serabai dengan kuah banjir jauh lebih sedap!

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Hasnieza Nor di bawah.

Baca juga: Cara Buat Kuih Nona Manis Sedap Berlemak, Licin & Cantik Bila Keluar Dari Acuan

RESEPI SERABAI SUKATAN CAWAN

resepi serabai

Bahan-bahan kuih:

  • 2 cawan tepung beras
  • ½ cawan nasi + 2 cawan santan cair
  • ½ cawan air suam
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara-cara buat kuih:

  1. Campurkan air suam bersama yis, biarkan selama 5 minit.
  2. Kisar nasi dengan air, garam, gula, dan santan cair.
  3. Setelah kisar, campurkan tepung beras bersama nasi yang telah dikisar. Kacau hingga sebati, kemudian masukkan yis. Kacau lagi hingga rata dan peram selama 1 hingga 2 jam.
  4. Bakar seperti biasa dan sapu sedikit minyak. guna dapur gas, bakar selama 10 hingga 15 minit.
  5. Jika nak, boleh juga bakar menggunakan kuali leper atau acuan elektrik.
  6. Prosesnya lebih kurang sama macam nak masak lempeng.

Bahan-bahan kuah:

  • 2 cawan santan pekat
  • ½ cawan air + 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula
  • 2 keping gula melaka/nisan

Cara-cara buat kuah:

  1. Campurkan tepung jagung dengan air dan kacau hingga rata.
  2. Kisar telur bersama santan. Kisar sekejap sahaja, cukup untuk sebati.
  3. Setelah dikisar, masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama air tepung jagung yang telah disediakan.
  4. Buka api dan masak seperti biasa hingga gula dan gula melaka benar-benar larut. Masak dengan api perlahan, jangan terlalu lama kerana santan boleh pecah minyak.
  5. Bila kuah mula pekat, itu tandanya ia sudah masak.

Kredit: Hasnieza Nor

Baca juga: Petua Agar Kuih Koleh Kacang Tak Cepat Basi, Wajib Buat 1 Langkah Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN