Categories: Resipi

Resepi Semperit Viral Paling Mudah Guna 3 Bahan, Rangup Bila Gigit & Cair Di Dalam Mulut

Raya dah dekat, mesti nak sediakan kuih cantik dan sedap kan? Cuba resepi semperit 3 bahan yang tengah viral ini. Putih kekuningan, bila gigit rangup, terus cair di mulut. Mudah saja nak buat, tak perlu bahan susah atau mahal.

Semperit ini sesuai untuk makan sendiri atau jualan raya. Dengan bahan ringkas dan cara yang cepat, confirm meja raya anda penuh dengan kuih cantik, rangup dan menyelerakan!

Baca juga: Resepi Kuih Gunting Sedap Rangup, Tak Guna Telur Tapi Hasilnya Cantik & Tahan Lama

RESEPI SEMPERIT 3 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 125g butter (boleh guna pure butter atau marjerin pelangi)
  • ¼ cawan susu pekat manis (7–8 sudu besar)
  • 270g tepung jagung (lebih kurang 2 cawan + ¼ cawan)

*Tip: Tepung jagung kunci untuk semperit rangup. Masukkan sikit-sikit, jangan tuang semua sekaligus.

Cara-cara penyediaan:

1. Cairkan Dan Gaul – Kacau butter hingga lembut, tambah susu pekat, kacau rata.

2. Masukkan Tepung Jagung – Masukkan tepung sedikit demi sedikit, uli guna hujung jari sampai doh licin dan tak melekat.

3. Bentuk Dan Hias – Guna acuan semperit untuk bentuk cantik. Letak chocolate chips atau hiasan pink atau putih.

4. Bakar – Panaskan oven 160°C, bakar 20–25 minit. Siap! Bunga semperit elok, tak jatuh.

Tips Tambahan

  • Jangan uli terlalu lama, doh akan keras.
  • Simpan dalam bekas kedap udara supaya rangup lebih lama.
  • Sesuai untuk jualan raya atau buat stok rumah.

Dengan resepi semperit 3 bahan ini, confirm raya nanti meja penuh kuih cantik, rangup dan cair di mulut!

Selamat mencuba!

Sumber: Azlina Ina resepi

Baca juga: Biskut Almond London Sukatan Cawan, Ada Tips Coklat Nampak Licin Dan Cantik!

Aimi

Recent Posts

Resipi Wantan Goreng Inti Ayam Berperisa & Rangup, Ini Tips Supaya Lipatan Tak Koyak!

Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…

50 mins ago

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

5 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

6 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

8 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

8 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

8 hours ago